Tuesday, 28 February 2017


Gambar pertama menunjukkan sebuah kilang besar yang beroperasi dengan tidak bertanggungjawab dimana pemilik kilang tersebut dengan sengaja membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai dan menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan manusia kerana air merupakan keperluan setiap makhluk yang hidup samada manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, sungai dan laut perlu dijaga dengan elok oleh setiap individu untuk kepentingan kita.


Berbalik kepada gambar tersebut, dengan beroperasinya kilang tersebut akan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Dengan hal demikian, pengusaha kilang itu mesti bertanggungjawab dengan situasi tersebut kerana ia terdapat dalam estetika bagi setiap pengusaha atau usahawan.

No comments:

Post a Comment